ROM: Bekas ketua pasukan Haas dalam Formula Satu (F1), Guenther Steiner percaya penyandang juara dunia, Andrea Kimi Antonelli akhirnya akan memandu untuk Ferrari, namun perkara itu mungkin hanya menjadi kenyataan dalam tempoh 10 tahun lagi.
Pemandu Itali berusia 20 tahun yang beraksi bersama Mercedes itu dinobatkan sebagai juara dunia F1 termuda dalam sejarah pada 1 November lalu ketika Grand Prix (GP) Mexico.
Antonelli turut menamatkan penantian Itali untuk memiliki seorang lagi juara dunia selepas kali terakhir kejayaan itu dicapai Alberto Ascari pada 1953.
Spekulasi mengenai kemungkinan Antonelli menyertai Ferrari suatu hari nanti sudah beberapa kali dibangkitkan ketika dia semakin hampir merangkul gelaran dunia.









