WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) belum membuat sebarang kesimpulan sama ada ahli perniagaan China yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang, mempunyai kaitan dengan agensi perisikan China.
Peguam Negara, Todd Blanche, turut mengesahkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat perkara itu.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, Blanche ditanya pada sidang media selepas pengumuman operasi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa yang menyasarkan pengedar opioid dan fentanyl menerusi "dark web" atau web tertutup, mengenai bila DOJ mula mengetahui bahawa Alice Huang mungkin disyaki mempunyai hubungan dengan perisikan China.









