BENARKAH hadis menyebut bahawa wanita yang mendapat anak sulung perempuan akan memperoleh keberkatan? Adakah keluarga yang mendapat anak sulung lelaki tidak mendapat keberkatan? Mohon penjelasan.
JAWAPAN: Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Anak merupakan anugerah dan rezeki daripada Allah SWT tanpa mengira jantina.
Terdapat satu riwayat yang menyebut: “Antara keberkatan wanita ialah memulakan kelahirannya dengan anak perempuan”. Riwayat itu sering dikaitkan dengan kelebihan mendapat anak sulung perempuan.
Bagaimanapun, berdasarkan penelitian terhadap sumber hadis, riwayat berkenaan didapati tidak sahih.






