Bukit Rambai: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya perlu berundur secara sukarela sekiranya bermaruah, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim.
Muhammad Kamil berkata, gesaan itu dibuat susulan tindakan Ahmad Zahid yang didakwa menunjukkan sikap tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, terdapat beberapa pemimpin lain yang boleh dipertimbangkan untuk mengisi jawatan berkenaan sekiranya Ahmad Zahid mengambil keputusan untuk berundur.
"Kalau dia (Ahmad Zahid) ada maruah, dia harus berundur sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana jelas hari ini dia menunjukkan sikap tidak sehaluan dengan Perdana Menteri.









%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F68c1c295bf743080e0859372597feeb0_974048.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
