Kuala Lumpur: Kerajaan negeri Selangor perlu mempergiat usaha pencegahan banjir secara menyeluruh dengan memberi keutamaan kepada kawasan 'hotspot' bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang sekali gus meminimumkan kerugian penduduk.
Profesor di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Ir Dr Mohd Syuhaimi Ab Rahman berkata, pengurusan banjir tidak seharusnya hanya tertumpu kepada tindakan selepas bencana, sebaliknya perlu beralih kepada pendekatan proaktif berasaskan ramalan dan data risiko.
Beliau berkata, kejadian banjir berulang di beberapa kawasan Selangor menyebabkan penduduk terus menanggung kerosakan rumah, kenderaan, perniagaan dan harta benda, malah keselamatan serta nyawa turut terancam.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPresidentandCEOofNVIDIAJensenHuang1011261_233320.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)