Kuala Lumpur: Rekod pinjaman pelanggan institusi perbankan adalah mustahil untuk dihapuskan secara kekal menerusi serangan siber, walaupun pencerobohan sedemikian berupaya memadam, mengubah suai atau menyulitkan (encrypt) data operasi bagi tempoh tertentu.

Penyelidik Kanan Centre for Cybersecurity and Data Intelligence (CCDI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Zubaile Abdullah berkata, sistem perbankan moden dibina dengan pelbagai lapisan keselamatan yang kukuh termasuk kawalan akses ketat, jejak audit transaksi, sistem sandaran (backup) serta mekanisme pemulihan data berperingkat.

"Rekod pinjaman boleh wujud dalam beberapa sistem berbeza. Sekiranya penggodam berjaya memadamkan rekod pinjaman dalam pangkalan data utama sesebuah bank, ini tidak bermakna hutang pelanggan turut terhapus.