KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan berusaha mempercepatkan penubuhan Pasukan Siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih awal daripada sasaran asal 2030, susulan peningkatan ancaman serangan siber terhadap sistem pertahanan negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian sudah memaklumkan kepada kerajaan mengenai keperluan mempercepatkan penubuhan pasukan berkenaan berikutan ancaman siber yang semakin kerap dan serius.
Beliau berkata, ATM sudah berdepan serangan siber sejak sekian lama, namun perkembangan teknologi menyebabkan ancaman berkenaan semakin canggih dan berpotensi membawa kesan lebih besar.
"Kita melihat peningkatan serangan siber bukan sahaja terhadap pertahanan negara, malah merangkumi sektor lain, khususnya sektor swasta.






