PETALING JAYA – Pengguna jalan raya terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas sehingga hampir dua jam di Persiaran Mokhtar Dahari pagi ini susulan kerja-kerja menurap jalan yang menyebabkan satu lorong ditutup.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna @fuzaagogo meluahkan rasa geram apabila terpaksa mengharungi kesesakan dari arah Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Alam Budiman sejak 6.15 pagi tadi.

Menurutnya, keadaan itu berlaku dipercayai susulan penutupan lorong bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menurap jalan.

“Mantap bosku, dari pukul 6 pagi sampai nak pukul 8 pagi. Mokhtar Dahari sesak demi tar jalan waktu orang pergi kerja,” kongsinya.