MELAKA: Barisan Nasional (BN) komited meneruskan dasar mesra pelabur bagi memastikan kemasukan pelaburan serta peluang pekerjaan kepada rakyat terus diperkukuh sekiranya diberi mandat mentadbir Melaka pada pilihan raya kali ini.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata kesinambungan dasar berkenaan penting bagi memastikan negeri itu terus menjadi destinasi pilihan pelabur antarabangsa untuk mengembangkan operasi perniagaan.
"Pastinya kalau diberikan mandat oleh rakyat, pen merah, pen biru, kalau mereka warna biru, kita akan meneruskan segala dasar ini untuk memastikan pertama, datangnya pelaburan dan keduanya, ada peluang pekerjaan kepada rakyat Melaka.
"Sudah terbukti KOA Denko mengotakan janji sejak 53 tahun lalu dan memberikan satu pelaburan nilai tambah di Negeri Melaka yang akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya selepas merasmikan Majlis Pembukaan KOA Denko Malaysia Sdn Bhd di sini, hari ini.










%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F7c985bf627606be1cd2920a9b62da61d_965671.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)