TELUK INTAN: Seorang pesara guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 17 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar perempuan berusia 13 hingga 15 tahun pada 2024 dan tahun lalu.

Zaidi Abbas, 56, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rafidah Che Aziz.

Tertuduh didakwa selaku individu yang mempunyai hubungan amanah sebagai guru ketika kejadian, melakukan perbuatan itu bagi maksud seksual terhadap tujuh mangsa itu.

Kesalahan didakwa dilakukan antara Mei 2024 dan 7 Julai 2025 di bilik khas dan kantin sebuah sekolah menengah di Langkap, selain di dalam sebuah kenderaan di sekitar kawasan berkenaan serta ketika dalam perjalanan pulang dari Teluk Intan.