SHAH ALAM: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota mencipta kejutan apabila melangkah ke final Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 (B14) Tahun 2026 bersama rakan strategik 100PLUS buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka selepas menyingkirkan SMK Shah Alam dalam aksi separuh akhir semalam.

Kejayaan itu turut melakar pencapaian terbaik pasukan berkenaan selepas rekod terdahulu mereka hanya mampu mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2016.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Radia Arena, Bukit Jelutong, Shah Alam, SMK Shah Alam terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Adam Zakwan Mohd Rhadzi di penghujung babak pertama untuk mendahului 1-0.