SANAA: Kumpulan Houthi di Yaman yang disokong Iran mendakwa menyerang sebuah stesen pam minyak di saluran paip Timur-Barat Arab Saudi.
Kumpulan itu turut mendakwa menyerang sebuah kemudahan minyak di bandar Yanbu, di pesisir Laut Merah, serta bangunan milik syarikat minyak Aramco di ibu negara, Riyadh.
Bagaimanapun, gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang memerangi Houthi memaklumkan pihaknya memintas dan memusnahkan dua dron yang dilancarkan kumpulan itu semalam.
Dua dron itu masing-masing dipintas di wilayah Riyadh dan Wilayah Timur Arab Saudi yang kaya dengan sumber minyak.










