KUALA LUMPUR: Penyanyi Nizam Laksamana berdepan detik cemas apabila tiba-tiba diserang pening sewaktu menjayakan persembahan di sebuah lokasi di Klang, baru-baru ini.

Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Nizam Pechok, 59, berkata, dia hanya berehat di rumah bagi memastikan keadaan kesihatannya kembali stabil seperti biasa.

"Ahad lalu saya terbabit dengan 'show' di GM Klang bersama beberapa artis lain. Ketika persembahan, hujan tetapi persembahan diteruskan.

"Jadinya memang kena hujan. Semasa giliran saya menyanyi, saya ada macam rasa pening. Lepas selesai menyanyi lagu pertama, saya rasa macam nak tumbang, tapi saya bertahanlah.