Kuala Lumpur: Hasrat bekas pengurus kumpulan Slam, Allahyarham Johan Aziz untuk melihat penyanyi rock popular era 1990-an, Nizam Laksamana menyanyikan lagu ciptaannya tidak kesampaian.
Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Nizam Pechok, 59, berkata, Allahyarham sering menghubunginya untuk meminta beliau menyanyikan lagu berkenaan.
"Arwah ada minta saya menyanyi lagu yang dia dah siapkan sebab arwah kata lagu itu sesuai untuk saya. Arwah minta saya menyanyi sahaja, belanja untuk lagu itu arwah kata dia akan uruskan.
"Jadi, arwah serahkan lagu itu dan minta saya lancarkan melodi lagu itu. Arwah telefon saya hari-hari dan tanya perkembangan mengenai lagu itu. Namun, hajat arwah untuk melihat saya menyanyikan lagu itu tidak kesampaian," katanya kepada Harian Metro.









