JAKARTA: Gibran Rakabuming Raka, mendakwa keputusannya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Indonesia dibuat atas pertimbangan peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan polemik berhubung kesahihan diploma sekolahnya yang masih berlarutan.
Anak sulung bekas Presiden Joko Widodo itu mengakui keputusan berkenaan bukan mudah, namun menyifatkannya sebagai langkah terbaik selepas melalui pertimbangan panjang, memetik laporan ANTARA.
"Selepas mempertimbangkan dengan teliti, penuh kesedaran dan kasih sayang terhadap seluruh rakyat Indonesia, saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Republik Indonesia dan mengembalikan mandat itu kepada rakyat," katanya.
Dalam ucapan sulungnya selepas mengumumkan peletakan jawatan itu, Gibran turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Prabowo Subianto atas kepercayaan dan peluang diberikan kepadanya untuk berkhidmat dalam kerajaan sepanjang dua tahun lalu.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fazalina13s_894436.png&w=480&output=webp&q=85&we)