PUTRAJAYA: Pasaran harta tanah negara merekodkan 108,990 transaksi bernilai RM60.31 bilion pada suku ketiga 2026, meningkat 0.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Datuk Abdul Razak Yusak, berkata pertumbuhan itu mencerminkan keyakinan industri terhadap inisiatif strategik kerajaan menerusi kerangka Ekonomi MADANI.
Beliau berkata, kerangka berkenaan menyediakan asas untuk memperkukuh pasaran harta tanah dan memberikan manfaat kepada rakyat.
Antara inisiatif yang digariskan dalam Belanjawan 2026 ialah peningkatan jaminan kerajaan sehingga RM20 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi pembiayaan perumahan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fc86da49f15fd9f2b396ac39d91e21aee.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

