Batu Pahat: Enam sekeluarga antara tujuh individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan terbabit dalam pergaduhan berpunca isu parkir kenderaan September lalu.
Siti Jumaidah Samsudin, 41, Mohamad Nor Hashim, 38, Norlaileasma Md Baharom, 44, Bitah A Kadir, 75, Aina Maisara Anuar, 19, Aina Aliesya, 20, serta seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama terbabit dalam pergaduhan di tempat awam di Kampung Parit Bilal, di sini, kira-kira jam 8.40 malam, 27 September lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fc86da49f15fd9f2b396ac39d91e21aee.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
