KUALA LUMPUR: Xiaomi menduduki tangga teratas pasaran telefon pintar Malaysia pada suku ketiga 2026 selepas mencatat bahagian 21 peratus daripada jumlah unit yang dihantar dalam tempoh berkenaan.
Kedudukan itu berdasarkan data firma penyelidikan pasaran Omdia yang dipetik Xiaomi, sekali gus menunjukkan kira-kira satu daripada lima unit telefon pintar dihantar di Malaysia pada suku berkenaan adalah keluaran syarikat itu.
Xiaomi dalam satu kenyataan berkata, pencapaian berkenaan mencerminkan pengukuhan kedudukannya di Malaysia serta usaha menawarkan teknologi mengikut perubahan keperluan pengguna tempatan.
Pengurus Negara Xiaomi Malaysia, Xingyu Yang, berkata syarikat menghargai kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan pengguna Malaysia.









