KAHERAH: Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk seorang pakar bedah terbunuh, manakala 20 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas bangunan di Hospital Nasser, Khan Younis, selatan Gaza, awal pagi hari ini.

Jurucakap perkhidmatan pertahanan awam Gaza, Mahmoud Basal, berkata kepada Reuters, serangan itu menyasarkan jabatan pembedahan hospital berkenaan sehingga menyebabkan kerosakan besar.

Tiada kenyataan segera dikeluarkan oleh tentera Israel berhubung serangan itu.

Petugas perubatan mengenal pasti pakar bedah yang terbunuh sebagai Rezik Abushira.