KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen pelabur yang terus berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street semalaman.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 3.16 mata kepada 1,592.03 daripada 1,595.19 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.61 mata kepada 1,591.58.
Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 216 berbanding 109 manakala 255 kaunter tidak berubah, 2,194 kekal tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fadlyzahari1_424610.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

