TAMPIN – Seorang lelaki berusia 54 tahun didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan seorang kanak-kanak lelaki di Kota, Rembau, Isnin lalu.
Orang kena saman (OKS), Noor Hamidi Yahya membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Farhana Mohd. Ishak.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak berusia 15 tahun di Kampung Air Melintang, Kota, kira-kira pukul 5 petang pada 9 November lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajib12_549141.png&w=480&output=webp&q=85&we)
