KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terpaksa meninggalkan Kejohanan Badminton Kumamoto Masters lebih awal apabila tersingkir di pusingan kedua.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Kumamoto, Jepun sebentar tadi, pasangan No.9 dunia itu tewas menerusi keputusan straight-set 15-21, 18-21 kepada Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark.

Turun sebagai pilihan kelapan kejohanan, pasangan yang diberi julukan ManTee itu seolah-olah gagal untuk mempamerkan aksi sebenar apabila didominasi sepenuhnya pasangan Eropah berkenaan.

Lundgaard-Vestergaard beraksi garang sejak set pertama lagi apabila mendahului 12-4 sehingga meletakkan beregu negara dalam tekanan.