PETALING JAYA – Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan meningkat 0.5 peratus kepada 34.4 juta orang pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta orang dalam tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 31 juta orang atau 90.2 peratus merupakan warganegara, manakala 3.4 juta orang lagi (9.8 peratus) terdiri daripada bukan warganegara.

Berdasarkan Perangkaan Demografi Malaysia Suku Tahun Ketiga 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk lelaki mendominasi komposisi penduduk negara.

Data menunjukkan seramai 18 juta penduduk lelaki atau 52.4 peratus berbanding 16.4 juta perempuan (47.6 peratus).