PETALING JAYA: Lebih 162,000 khemah yang menempatkan kira-kira 1.5 juta penduduk di Semenanjung Gaza rosak dan dibanjiri air selepas hujan lebat melanda wilayah tersebut sejak minggu lalu.

Lebih memilukan, hujan lewat yang melanda ketika Gaza berada di musim sejuk mengakibatkan pakaian, selimut, bekalan makanan dan air bersih tidak dapat diselamatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Abu Shamalah berkata, cuaca di Gaza ketika ini menambah derita penduduk dengan hujan lebat sekitar 45 hingga 55 milimeter untuk beberapa jam hampir setiap hari.

Katanya, dalam siri hujan lebat selama enam jam yang berlaku semalam sahaja telah menjejaskan 350,000 orang termasuk yang mengalami kecederaan serius.