PETALING JAYA – Pengurusan sebuah masjid didakwa memberikan bayaran RM3,000 setiap seorang kepada dua imam tarawih jemputan, sedangkan jumlah sebenar tabung khas dikhususnya untuk kutipan daripada jemaah mencecah hampir RM30,0000.

Kedua-dua mereka dijemput untuk mengimamkan solat sunat tarawih itu sepanjang 28 Ramadan, manakala tabung khas berkenaan diwujudkan pihak masjid pada asalnya untuk memberi peluang kepada jemaah menyumbang seikhlas hati kepada perkhidmatan dua imam tersebut.

Menerusi perkongsian seorang individu pada Threads, lelaki itu mendakwa, kedua-dua imam itu menerima bayaran dengan jumlah tidak sepatutnya selepas dipercayai berlaku sikap tidak berpuas hati dalam kalangan pengurusan masjid tersebut.