PETALING JAYA – Segelintir pengguna perkhidmatan Microsoft 365 yang berdepan sistem tergendala pada hari ini, turut mengucapkan rasa ‘syukur’ kerana kejadian tidak diingini seperti ini disifatkan hadiah cuti sehari seketika selepas sibuk bergelumang dengan kerja.

Menerusi tinjauan di media sosial Threads, segelintir pengguna di negara ini meminta pihak Microsoft untuk mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan permasalahan tersebut serta tidak terlalu terdesak.

“Kehadapan Microsoft, tak perlu tergesa-gesa, ambil masa anda bersama keluarga. Utamakan kesihatan mental anda, selamat hari Jumaat kepada semua. Ikhas daripada semua pekerja korporat,” kata Nurzaidahieda memuat hantaran secara berseloroh.