Kolam Krubong–Durian Tunggal berfungsi sebagai takungan bagi mengelakkan risiko banjir dan menyimpan bekalan air mentah negeri. (Gambar Adly Zahari)DURIAN TUNGGAL: Empat hingga lima kali setahun rumahnya ditenggelami banjir, namun bagi Zakaria Naim berpindah bukan pilihan kerana kekangan kewangan memaksanya terus bertahan di Kampung Belimbing Dalam.

Zakaria, 66, yang menetap di situ sejak lahir berkata keadaan pernah lebih buruk pada 2006 apabila rumahnya dilanda banjir hampir 16 kali.

“Kalau berlaku banjir, ibarat macam pesta. Tak boleh buat apa dah. Yang penting, kita jaga keluarga dulu, barang-barang nombor dua. Selamatkan keluarga.

“Pak cik bukan orang senang. Nak pindah pun perlukan duit. Jadi, kita terpaksa harungi sajalah,” katanya kepada FMT.