Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Madrasathul Gouthiyyah, Brickfields. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan ‘suhu politik’ dalam Jemaah Menteri ketika ini masih terkawal dan tidak luar biasa, walaupun wujud ketegangan susulan kenyataan beberapa pemimpin dalam kerajaan perpaduan.

Katanya, suasana politik lazimnya menjadi sedikit panas ketika pilihan raya, namun keadaan akan kembali reda selepas proses itu selesai.

“Bila ada pilihan raya itu, suhu dia naik sekejap. Kemudian dia turun balik. Tetapi kalau mesyuarat tadi biasa, tidak saya kesan apa-apa masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Madrasathul Gouthiyyah, Brickfields.