Shah Alam: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta.
Lelaki berusia 40-an itu dipercayai meminta wang berkenaan daripada seorang pengarah syarikat kontraktor sebagai balasan membantu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik bernilai kira-kira RM95 juta di seluruh Semenanjung Malaysia.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki yang pernah berkhidmat di sebuah GLC Persekutuan itu ditahan pada 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2023 hingga 2025 dengan menggunakan dokumen berkaitan perolehan dan pelantikan kontraktor bagi meyakinkan pengarah syarikat berkenaan.









