Kuala Lumpur : Penyanyi Amylea Azizan, 39, berharap peminat memberikan peluang untuknya meneruskan bakat dalam satu pertandingan nyanyian.
Amylea yang sudah 20 tahun terbabit dalam industri hiburan berkata, dia berserah kepada peminat untuk mengundinya masuk dalam program terbabit.
"Tak dinafikan saya tiada 'fan base' yang kuat seperti penyanyi lain yang ada dalam industri kita. Tapi saya nak tegaskan bahawa perjalanan seni saya tak pernah berakhir.
"Selagi Tuhan izinkan, saya akan terus aktif keluarkan idea melalui karya-karya yang saya dapat tulis, dari pengarahan iklan yang saya buat, dari penerbitan, lakonan dan nyanyian yang tak pernah henti.









