Setia Alam : Pelakon, Que Haidar mengakui terkejut apabila namanya kembali menembusi senarai pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-38 menerusi kategori Aktor TV Popular, selepas kali terakhir dicalonkan pada 2009.
Que, 47, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata, dia menganggap pencalonan itu sebagai rezeki, namun tidak meletakkan harapan tinggi memandangkan perlu bersaing dengan barisan pelakon baharu yang memiliki kelompok penyokong tegar.
"Perkara itu memang langsung tak terlintas di fikiran saya. Saya hanya tahu nama tercalon selepas pengumuman dibuat. Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan.
"Saya kena bersaing dengan pendatang baharu yang mempunyai kelompok peminat kuat dan sokongan tersendiri. Jadi, dapat berada dalam Top 10 pun sudah cukup disyukuri," katanya.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmalacca_PH_1as342_189200.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

