SEMPORNA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan tujuh lelaki warga China dalam operasi di sebuah tempat peranginan (resort) di sini Isnin lepas, setelah disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di situ.
Pengarahnya Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata sebanyak 14 individu diperiksa membabitkan sembilan warga China dan lima warga tempatan.
“Siasatan lanjut mendapati tempat peranginan berkenaan dibina di atas tanah sewa seluas 1.78 hektar dan tidak mempunyai permohonan pekerja asing.
“Selain itu turut didapati tempat peranginan itu tidak memiliki lesen bagi pengendalian pelancongan serta tiada lesen daripada Majlis Daerah Semporna. Semua tahanan di bawah ke Pejabat Imigresen Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.








