KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada, berbanding mendesak supaya Parlimen dibubarkan lebih awal.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, berkata kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu disifatkan sebagai tidak wajar sama sekali, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada individu yang memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran negara.

Beliau berkata, kuasa untuk menentukan pembubaran Parlimen terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiada keperluan untuk perkara berkenaan dibincangkan ketika ini.