Kuala Lumpur : Sering menghasilkan lagu bergenre pop, penyanyi, Eleena Harris bakal memberi fokus kepada genre balada untuk karya yang dihasilkan pada masa akan datang.
Eleena, 30 berkata, dia kini berhasrat untuk mempersembahkan karya yang lebih tenang serta memberi ruang untuk memperlihatkan potensi sebenar vokalnya.
"Saya sebenarnya selepas ini mahu teroka genre muzik balada. Macam dulu saya banyak hasilkan lagu bergenre pop.
"Jadi sekarang saya nak hasilkan sesuatu yang tenang sikit mahu dengar. Itu fokus saya selepas ini," katanya kepada Harian Metro.









