PESHAWAR: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang polis yang menjalankan operasi membanteras kegiatan perlombongan emas haram di barat laut Pakistan, mengorbankan 10 anggota, manakala 18 militan terbunuh dalam pertempuran susulan, menurut kenyataan rasmi polis.

Kenyataan polis wilayah Khyber Pakhtunkhwa, memaklumkan anggota terbabit dalam perjalanan pulang dari sebuah lombong di kawasan Gumbat, daerah Kohat, apabila diserang kumpulan militan.

Selain 10 anggota polis dan 18 militan terbunuh, 12 lagi anggota polis cedera dalam kejadian itu, menurut kenyataan berkenaan.

Susulan pertempuran itu, kumpulan Taliban Pakistan atau Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan di seluruh negara, termasuk serangan ke atas konvoi polis di kawasan Gumbat.