Tunis: Bekas pemain nombor dua dunia, Ons Jabeur berharap dapat kembali beraksi dalam tenis profesional pada 2027 selepas pemain Tunisia itu melahirkan cahaya mata pertamanya pada April lalu.

Ons berehat daripada arena tenis tahun lalu selepas tersingkir pada pusingan pertama Wimbledon, dengan alasan mengalami kecederaan dan keletihan.

Dia kemudian melanjutkan tempoh rehat selepas mengumumkan dirinya hamil.

"Saya berharap dapat kembali beraksi, mudah-mudahan tahun depan. Saya masih belum tahu tarikh tepat, tetapi tidak lama lagi.