KUALA LUMPUR: Dengan potensi kemenangan yang semakin menipis dengan hanya menyasarkan 15 peratus undi popular pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, parti Kancil hanya menunjukkan matlamat sebenar parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli itu iaitu membalas dendam.
Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, tindakan membalas dendam tersebut pastinya ditujukan kepada semua parti dalam komponen Pakatan Harapan (PH) terutama PKR selepas beliau kalah dalam pemilihan parti tersebut tahun lalu yang masih memberi kesan terhadap Rafizi Ramli.
“Apakah rakyat Melayu mahu memberikan sokongan kepada politik balas dendam yang diamalkan parti pimpinan Rafizi Ramli ini sedangkan semua tahu dan sedar bahawa PH sedang berusaha sedaya-upaya untuk memberi kesenangan kepada rakyat.









