PETALING JAYA – Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki tiba-tiba menghampiri kaunter sebuah kedai runcit di Tebengau, Kedah sebelum meminta wang daripada wanita yang bertugas di situ.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat menghampiri wanita terbabit di kaunter, manakala seorang pelanggan yang berada di lokasi bersama seorang kanak-kanak turut kelihatan dalam rakaman tersebut.

Situasi itu menarik perhatian apabila pelanggan tersebut dilihat tidak tampil membantu wanita berkenaan ketika kejadian berlaku.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @nyzamferiy, rakaman CCTV itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang memberikan pandangan masing-masing terhadap situasi tersebut.