Ketua Polis Sarikei Aswandy Anis berkata suspek yang mengaku mabuk dan disahkan positif dadah dipercayai merosakkan lima mesin perbankan menggunakan parang sebelum disyaki melarikan diri dengan memandu melawan arus. (Gambar fail)SARIKEI: Berang gagal mengeluarkan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM), seorang lelaki merosakkan lima mesin perbankan menggunakan parang sebelum dipercayai mencederakan seorang pemuda yang cuba menghalangnya dalam kejadian di Jalan Masjid Lama, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Sarikei, Aswandy Anis, berkata suspek berumur 38 tahun itu dipercayai merosakkan dua mesin ATM, dua mesin deposit tunai (CDM) dan satu mesin deposit cek di sebuah bank kira-kira 12.05 tengah malam.









