New York: Lembaga pengarah Nvidia dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah menyingkirkan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jensen Huang, susulan kontroversi hubungan sulitnya dengan dua wanita termasuk seorang yang didakwa mempunyai kaitan dengan perisikan China.
Menurut laporan media Amerika Syarikat (AS), lembaga pengarah syarikat teknologi itu dijangka mengadakan mesyuarat seawal Rabu bagi menentukan kedudukan Huang, 63, berdasarkan laporan The Wall Street Journal yang memetik individu yang mengetahui perkara berkenaan.
Pendedahan itu menyusul selepas The New York Times melaporkan Huang turut didakwa menjalinkan hubungan sulit kedua dengan seorang kakitangannya. Akhbar itu juga mendakwa mempunyai bukti video yang menunjukkan beliau bermesra dengan Naib Presiden Nvidia bagi sektor penjagaan kesihatan, Kimberly Powell, 48.









