Kuala Lumpur: Status sebagai pasangan senior gagal membantu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani apabila mereka menjadi mangsa kebangkitan gandingan baharu negara, Aaron Tai-Yap Roy King pada pusingan kedua Masters Kumamoto, hari ini.
Aaron-Roy King hanya mengambil masa 28 minit untuk menamatkan cabaran pasangan pilihan keempat itu menerusi kemenangan meyakinkan 21-14, 21-15 dalam pertemuan pertama kedua-dua gandingan.
Kejayaan itu mengesahkan kemaraan mereka ke suku akhir, sekali gus meneruskan momentum positif selepas mencipta kejutan dengan menjuarai Terbuka Artik pada penampilan sulung sebagai pasangan bulan lalu.
Sebaliknya, kekalahan itu menyaksikan hasrat Sze Fei-Izzuddin untuk mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir di Kumamoto tahun lalu tidak kesampaian.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar1_730616.png&w=480&output=webp&q=85&we)

