Kuala Lumpur: Kerajaan MADANI melaksanakan pembaharuan fiskal yang berjaya mengawal penompokan hutang negara selaras Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata defisit fiskal Malaysia mencatatkan penurunan setiap tahun sejak 2021 iaitu daripada 6.4 peratus kepada 3.7 peratus pada 2025.

Menurut Anwar, unjuran kadar defisit pada 2026 ialah 3.6 peratus, manakala pada Belanjawan 2027, ia diujurkan menurun kepada 3.3 peratus, manakala sasaran FRA untuk 2028 pula ialah tiga peratus.

"Defisit fisikal yang menurun bermakna pinjaman baharu berkurang. Pinjaman baharu pada 2025 berkurangan menjadi RM75.6 bilion berbanding RM76.8 bilion (2024).