PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, MimiFly memuji kesungguhan pelakon, Mila Mohhsin, menghayati watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah meskipun terpaksa berdepan pelbagai situasi sepanjang menjayakan watak berkenaan.

Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 40, berkata, Mila seorang yang tenang dan tidak mudah melatah biarpun menerima kecaman daripada orang ramai sebelum ini.

“Mila memang luar biasa. Masa dia dikecam bertubi-tubi, dia tenang sahaja dan tidak melatah.

“Setiap kali latihan, dia memberikan tumpuan sepenuhnya dan walaupun kadangkala kurang sihat atau mengalami kesakitan, dia tidak pernah mengeluh,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.