Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin berkata pihak pembangkang menyambut baik cadangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan isu keselamatan siber yang perlu dilaksanakan secara serius, bukan sekadar memenuhi keperluan semasa. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Hamzah Zainudin menggesa kerajaan memastikan kunci penyulitan data negara di bawah kawalan sendiri bagi memperkukuh keselamatan maklumat daripada ancaman serangan siber.

Beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan pusat data berdaulat nasional sebagai langkah jangka panjang melindungi data negara, seperti dicadangkannya ketika perbahasan Belanjawan 2027.

Jelasnya, pihak pembangkang menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan isu keselamatan siber, namun menegaskan usaha itu perlu dilaksanakan secara serius, bukannya sekadar memenuhi keperluan semasa.