Anwar Ibrahim berkata beliau akan membangkitkan gesaan untuk mendedakan kandungan CSA dala mesyuarat Kabinet, esok. HANG TUAH JAYA: Kerajaan sedia mendedahkan kandungan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) yang dimeterai dengan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang susulan desakan PAS supaya butiran perjanjian itu diumumkan kepada umum, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pihaknya tiada halangan untuk mendedahkan kandungan CSA berkenaan kerana prinsipnya sama seperti perjanjian yang pernah dimeterai antara kerajaan dan pembangkang sebelum ini.
Anwar berkata perkara itu akan dibangkitkan kepada Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian berkenaan, pada mesyuarat Jemaah Menteri esok.









