KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mempertimbangkan syor mendedahkan laporan penuh jawatankuasa khas menyiasat dakwaan pemilikan saham bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pendedahan itu akan dibuat berdasarkan pertimbangan sewajarnya, jika terdapat keperluan.

Keputusan itu, katanya, perlu mengambil kira peruntukan perundangan yang berkuat kuasa, terutama berkaitan perlindungan maklumat peribadi, kerahsiaan dokumen siasatan dan rekod perisytiharan harta serta kepentingan pihak berkaitan.

"Pengumuman mengenainya akan dibuat Pejabat Ketua Setiausaha Negara seperti kenyataan media pada 31 Mac lalu, jika terdapat sebarang perkembangan atau keputusan rasmi berkaitan perkara ini yang wajar dimaklumkan kepada umum.