KUALA LUMPUR: Bukan mudah untuk pelakon bukan Melayu menembusi pasaran seni berbahasa Melayu, namun cabaran itu berjaya dibuktikan Andy Teh apabila namanya tersenarai dalam kelompok Top 10 kategori Aktor Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38.

Lebih manis, pencalonan sulung itu hadir selepas empat hingga lima tahun dia membina nama dalam industri seni Melayu, sekali gus menjadi pengiktirafan bermakna terhadap usaha dan kesungguhannya selama ini.

Andy mengakui tidak menyangka namanya terpilih dalam kelompok 10 finalis memandangkan kehadirannya pada majlis pelancaran ABPBH 38 di Ombak KLCC baru-baru ini sekadar untuk memberikan sokongan.

"Sejujurnya, saya agak terkejut kerana menyangka datang hari ini hanya untuk bersantai. Saya ada mendengar khabar angin, tetapi tidak tahu pula betul-betul terpilih dalam Top 10.