GURUN – Polis sedang mengesan pemandu kenderaan disyaki terlibat kes langgar lari sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Kilometer 38.1, Jalan Alor Setar-Butterworth berhadapan Masjid Seri Jerai, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.24 malam itu, mangsa, lelaki warga tempatan berusia lingkungan 70-an, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Guar Chempedak."Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya."Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian, mempunyai maklumat atau rakaman kamera papan pemuka berkaitan insiden supaya tampil membantu siasatan," katanya.Katanya, usaha mengenal pasti dan mengesan kenderaan serta pemandu yang terlibat sedang giat dijalankan.Menurut Hanyan, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Razis Zainol Abidin menerusi talian 013-467 7195 atau 04-4232222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.
Polis buru pemandu langgar lari warga emas hingga maut

Key takeaways
Polis Kuala Muda sedang mengesan pemandu kenderaan yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari di Jalan Alor Setar-Butterworth pada Selasa, yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal warga emas maut.
- Kejadian berlaku pada kira-kira jam 8.24 malam di Kilometer 38.1, Jalan Alor Setar-Butterworth berhadapan Masjid Seri Jerai.
- Mangsa, lelaki berusia lingkungan 70-an, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu.
- Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman kamera papan pemuka untuk membantu siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Langgar kereta, dua lelaki lari ketika dikejar polis
- Sinar Harian Polis buru pemandu langgar lari warga emas hingga maut (this story)





%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fadlyzahari1_424610.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


