SHAH ALAM – Seorang bekas kakitangan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Persekutuan direman lima hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta bagi membantu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik bernilai RM95 juta.Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis.Suspek direman sehingga 16 November ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.Sebelum itu, suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2023 hingga 2025 dengan meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengarah syarikat kontraktor.Ujar sumber, ia merupakan sebagai balasan membantu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia dan projek berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM95 juta.Sumber turut memaklumkan, suspek turut dipercayai menggunakan dokumen berkaitan perolehan dan pelantikan kontraktor bagi meyakinkan pengarah syarikat terbabit.Jelas sumber, wang rasuah itu dipercayai diterima menerusi beberapa keping cek yang disalurkan melalui beberapa syarikat yang bertindak sebagai orang tengah.Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009..
Bekas kakitangan GLC direman lima hari, disyaki terima rasuah RM3 juta

Key takeaways
Seorang bekas kakitangan GLC direman lima hari kerana disyaki menerima rasuah RM3 juta untuk membantu mendapatkan projek bernilai RM95 juta.
- Suspek direman sehingga 16 November untuk siasatan kes rasuah.
- Rasuah didakwa dilakukan antara 2023 hingga 2025 dengan menerima wang melalui cek.
- Projek yang disyaki terlibat ialah penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik bernilai RM95 juta.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Waspada fenomena air pasang besar lima hari di Klang
- Utusan Malaysia Bekas kakitangan GLC ditahan SPRM Selangor rasuah RM3 juta
- Free Malaysia Today Bekas kakitangan GLC disyaki minta, terima rasuah RM3 juta ditahan
- Sinar Harian Bekas kakitangan GLC direman lima hari, disyaki terima rasuah RM3 juta (this story)







