SHAH ALAM – Lelaki warga asing yang maut ditembak selepas menetak tangan anggota polis hingga putus di sebuah pangsapuri di Kepong, pada Rabu, didapati memiliki pasport tamat tempoh.Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, perkara itu berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis terhadap latar belakang serta status dokumentasi lelaki terbabit."Siasatan awal mendapati lelaki itu memasuki Malaysia menggunakan pas pelajar, namun dipercayai telah tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan."Pas pelajar berkenaan dipercayai sudah tamat tempoh, begitu juga pasport miliknya. Justeru, kita percaya suspek berada di Malaysia sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.Terdahulu media melaporkan, suspek memiliki pasport yang tamat tempoh sejak 2020.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dilaporkan berkata, semakan mendapati lelaki berusia 32 tahun itu pernah memegang pas pelajar dari 2015 hingga 2018.Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun, putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan dua bilah parang di pangsapuri berkenaan.Suspek kemudian melarikan diri sebelum dikesan polis berhampiran sebuah taman permainan dan ditembak selepas sekali lagi menyerang anggota polis menggunakan parang ketika cuba ditahan.Lelaki itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Selayang.
Suspek tetak tangan polis miliki pasport tamat tempoh - Ketua Polis Selangor

Key takeaways
Lelaki asing yang menetak tangan polis di Kepong, meninggal dunia, didapati memiliki pasport tamat tempoh. Suspek berusia 32 tahun, pernah memegang pas pelajar 2015‑2018, dan dianggap pendatang tanpa izin.
- Suspek menetak tangan polis, menyebabkan anggota berumur 26 tahun kehilangan pergelangan tangan kanan.
- Pasport dan pas pelajar suspek telah tamat tempoh, iaitu sejak 2020 dan 2018.
- Suspek melarikan diri, ditembak semasa menyerang lagi anggota polis dengan parang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Suspek tetak tangan polis miliki pasport tamat tempoh - Ketua Polis Selangor (this story)









